Friends

ENHEAR'S BEAUTY

ENHEAR'S BEAUTY

Wednesday 31 August 2011

GO GO GO

0
pelik lah plak aku tengok.. interface baru ni..
tapi tak pe.. 
besar sikit.. dan clear.

i.m fall in love woth pink...

tu gambar time konvo..
ni selepas konvo..

nak kawin warna pink boleh?
hahhaha...
sapa lah nak kawin dengna aku ni?
ahks..

weight gain ke.. weigh lose...

0
yeaaa.... turun 7kg time puasa..
sahur wajib makan nasi..
berbuka.. pun wajib makan nasi..
then tdo..
tapi still  trn..
yes..



jum makan lactolite...
chaiyukkk

Tuesday 16 August 2011

kaitan fibroid.. vs fir?

0

jawapan untuk fibroid....


okay meh citer pasal.. f.i.r


FIR tu.. far infra red..
dalam erti kata ringkas.. time baby.. kuning..
selalu nya, kita akan jemur diorang kat bawah matahari kan?
waktu jam 8 samapi 9..
selain dalam cahaya matahari..
fir ada kat mineral..
kalo dari , corset Premium Beautiful ni terdiri daripada 35 lapisan benang Akwatek & Akwadyne yang disulam dengan batu kristal yang lebih dikenali sebagai BATU TOURMALINE


Batu Tourmaline ini adalah sumber semulajadi yang menghasilkan F.I.R (Far Infra Red Rays). Antara kebaikan FIR ini adalah:-
·         Mengaktifkan metabolisma badan
·         Melancarkan perjalanan darah
·         Detoksifikasi badan
·         Membantu membakar lemak
·         Membantu membersihkan hati dan ginjal
·         Membantu mengatasi masalah susah untuk tidur
·         Menyekatakan tona kulit
·         Membunuh sel-sel tak normal dalam badan (punca kanser)
Jadi jangan susah hati kawan2, ini infrared semulajadi..ok?

  Tourmaline Crystal

okay.. cuma nak highlight..

f.i.r bertindak untuk mengecutkan fibroid.. 
so how its work..
korang kan pakar sains..
cuba fikir.. 
 tengok ni..
tolong click untuk besar kan...

senang citer.. kalo nak tengok testimoni..
banyak kot.. tekan kat tenet..
sape2 yang agak2 nak tanya aku..
just call me...

i just want to share ye... mana tahu boleh tolong korang..
kita takkan tahu bila kita akan sakit..

meh nak STORY..

0
actlly aku dah 2bulan pakai korset ni..
dan kalo aku tak jumpa menda ni..
confirm aku beli korset yang lagi mahal dari ni..
dan tak de function sangat..
gila kan?
aku kan ada masalh.. aset yang besar.. hahahah..
ops..
aku memang duk mencari korset pun.. dont ask me why..
then my sis lah bagi aku try menda ni..

so.. aku cuma nak share ja lah.. apa yang aku pakai ni...
lepas 2 bulan kesan yang aku nampak kat aku....
1. aku tak letih... ulang suara.. aku tak letih...
sapa2 yang kenal aku..
aku memang kuat berjalan.. cakap ja.. tapi.. bila aku start keje..
aku selalu.. rasa cepat penat sebelum kul12 lagi...
tapi lepas pakai ni.. memang tak berhenti lah kaki aku ni berjalan...
2. masalah darah rendah.. aku ni.. kalo tak makan lebih sikit.. 
mesti berpinar mata ni.. after aku pakai ni.. alahamdullilah.. darah aku okay...
puasa pun tak de maslah.. siap berjalan ja kejenya...
3. aku turun berat.. ahks.. rahsia tau.. hihihi.. banyak kot.. lalalala...
4. aku dapt tido dengan lena..
aku ni ada masalah tido yang kronik...kalo nak tido..
kena berangan dulu.. kena golek2 dulu..
sekarang.. letak ja kepala.. terus tido.. memang lena dan best...
this is my own testimoni..

aku tak jual pun.. cuma aku suka tengok cara akak aku ni..
memang semua nya.. testimoni depan mata dia...
aku cuma nak share ja.. menda yang baik kot..

selalu orang salah faham dengan korset ni..
sapa yang pakai nak cantik... aku tak sokong sangat..
tapi kalo nak sihat.. aku bagi..
sebab nya, 70% korset ni.... untuk kesihatan..
testimoni kesihatan memang banyak...
aku nak tunggu testimoni dari kawan baik aku yang pernah kena fibroid...

wait and see ye...


fabriod?

0
apa tu fabriod..
dari yang aku faham sis yang berkembang dan tak disenyawakan...
fabroid ni memang tak berbahaya..
tengok kawan2 aku ja lah..
2 orang kawan aku dah disahkan ada fibroid..
pastu aku ada jumpa, isteri kawan aku..tu
tak pragnant sebab ada fibroid...

sumber: utusan malaysia
ni yang aku jumpa

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.
tapi yang jumpa... baru 20an...huhuhu....

Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.
Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat 

namanya.
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.
Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.
Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

kesan:
1.* Tidak pernah mengandung
Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.
``Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.
``Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,'' jelas beliau.

Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.
Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.

Diagnosis
Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.
``Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.
``Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,'' kata Dr. Salleh.
Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.
Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.
Katanya: ``Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.''

Jenis-jenis fibroid
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.
- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.
- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.
- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
Waktu sesuai merawat fibroid
``Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.
``Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,'' kata Dr. Salleh.
Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.
Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.
Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.
Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.
Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.
Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.
``Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut 
keadaan pesakit,'' ujarnya lagi.
Rawatan fibroid
Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.
- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.
- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.
Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.
- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.
Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.
Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.
- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.
Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.
- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.
Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.
Nasihat pakar
Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.
Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.
Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.

Friday 12 August 2011

sapa SINI pernah kena Sengugut?

0
apa tu ye?
sapa yang pernah kena tiap2 bulan.. tahu lah apa perkataan tu..
yang pasti unutk wanita ja okayyyy..
aku ini bukan jenis yang selalu sengugut..
tapi bila kena ja..
satu ja lah cara nya..
minum air suam banyak2..
duduk diam.. tak pun tido...

tapi aku jumpa one of my friend..
dia selalu mengadu sakit sengugut..
one day, sis aku hulur dia satu ubat...
jeng jeng jeng..
selang sejam..
dia dah okay..
alhmdullilah..

aku pun start makan ubat ni waktu puasa..
dan aku nampak beza kalo aku tak mkn dengan makan..
badan aku jadi segar dan tak letih...
alhmdullilah....
nak tahu apa?
ni hah...


Beijing Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan
Ramuan utama: ‘Wuji’ (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan pelbagai jenis herba Cina yang bernilai.
Fungsi: memperkukuhkan kesihatan, melancarkan peredaran darah dan menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur.
Kesesuaian:
- Menyihatkan badan dan melegakan keletihan
- Menyelaraskan masalah ketidakselesaan semasa tempoh haid
Cara pengambilan: 1 pil sekali, 2 kali sehari, ambil bersama air.
klik di sini untuk Sijil Halal
Produk keluaran Beijing Tong Ren Tangyang menggabungkan 16 jenis ramuan
bernilai dengan pati ayam hitam sebagai ramuan utamanya.

Beijing Tong Ren Tang :
-Tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun
-Merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada kerabat Maharaja semasa
Dinasti Qing
-Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan diperakui sebagai “Produk Terkenal di
China” pada tahun 1994
-Diiktiraf sebagai “Spesis Ubat Herba yang Terpelihara” pada tahun 1998
Beijing Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan telah mendapat pengesahan HALAL
daripada China Islamic Association, Beijing yang diiktirafkan oleh JAKIM, Malaysia.
Fungsi-fungsi Te Zhi Bai Feng Wan :
-Melancarkan peredaran darah
-Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur dan masalah ketidaksesuaian
semasa tempoh haid
-Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
-Meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
-Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
-Menyuburkan badan selepas bersalin

testimoni... macam2 ada...
nanti au uploada lagi ye...
bila dah rasa perubahanmya..
aku tak takut nak cerita...

 

Blog Archive

Blog List